Tauhid, Tunggak Kepercayaan [2].
Disini kepercayaan tadi mendapat salurannya yang wajar. Itulah "Tauhid". Ke-Esaan kepercayaan,atau pemusatan kepercayaan.
Bukan mencari-cari kepercayaan dari luar. Sebab kepercayaan telah ada dalam diri. Kewajipan kita hanya memelihara kepercayaan asli yang telah ada itu.
Sehingga dibuka pintu seluas-luasnya buat berjuang mencari sendiri dalam arena hidup. Pedoman dalam mencari itu ialah akal murni kita tadi. Allahﷻ pun mengakui dalam merenangi hidup itu kita akan tersilap. Akan pernah salah. Tetapi hal itu akan dima'afkan Allahﷻ.
Sebab itu Allahﷻ berfirman;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."
(QS An Nisaa:116)
Jika terlanjur kedalam suatu jurang kesalahan. daptlah dimaklumi. Sebab manusia terjadi dari darah dan daging. Kumpulan akal sehat dengan nafsu angkara. Tetapi, asal manusia tetap memelihara ke-Esaan kepercayaan (Tauhid), tidaklah akan terulang untuk kedua kalinya membuat salah yang serupa.
Namun apabila "Istiqomah" tetap ada, nilai jiwa akan bertambah naik. Sehingga Rasulullahﷺ pernah memastikan didalam sabdanya:
"Tidaklah akan berzina seorang penzina melainkan kerana dia musyrik. Tidaklah akan mencuri si pencuri melainkan kerana dia musyrik."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Itulah faedahnya "Istiqomah" yang negatif.
Faedah yang amat besar lagi bagi jiwa didalam menempuh hidup, kerna adanya "Istiqomah" ialah hilangnya rasa takut dan hilangnya rasa dukacita. Takut dan dukacita adalah dua hal yang menjadikan penghalang besar dalam kemajuan hidup. Itulah duri dan itulah pula batu 'Penarung" (Batu Penghalang).
Maka berfirmanlah Allahﷻ :
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
(Q.S Fussilat41-30):
Tak mungkin ada rasa takut pada orang yang istiqomah.
Kepada Siapa takut?
Adakah yang Maha Kuasa didalam alam ini selain Allah ﷻ ? Adakah yang berkuasa menjatuhkan bahaya, memberi mudarat dan man'faat dalam lingkungan alam ini selain Allah?
Tidak ada !!
Yang ditakuti orang dalam hidup ini ialah melarat. Dalam hidup yang sementara cuma. Kemelaratan bukanlah kehilangan harta benda. Kemelaratan ialah apabila kehilangan "Istiqomah" didalam diri kita. Yang paling ditakuti adalah maut.Pada hal luput daripada "Istiqomah" itu adalah lebih sakit dan lebih berbahaya dari maut itu sendiri.
Dan satu waktu sangatlah mulia dan tinggi harga maut itu sendiri;
ﻛْﺜِﺮُﻭﺍ ﺫِﻛْﺮَ ﻫَﺎﺫِﻡِ ﺍﻟﻠَّﺬَّﺍﺕِ ﻳَﻌْﻨِﻰ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕَ
“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan, yaitu kematian”
(HR. Tirmidzi).
Maut adalah alamat cinta yang sejati.
Niat hati hendak Istiqomah: dan Allah pun memang menyediakan jalan yang mustaqim. Perjumpaan kehendak kita dengan jalan yang disediakan itulah tujuan hidup yang sejati.untuk sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam nmemohonkan:
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(QS 1: 5)
Aku percaya kepada Allah, kemudian pegang teguhlah pendirian itu.
Tatkala pujangga ' alim failasuf' dan pemimipin Islam yang terkenal , pakailah kata-kata nya yang menjadi lambang dikepala surat2 nya. Serupa di pintu rumahnya tertampang juga kalimat itu dalam bentuk yang cukup besar.
"Katakanlah !! Aku percaya pada Allah dan kemudian pegang teguhlah dengan pendirian .
Dengan itu hadapilah segala persoalan didalam hidup ini . Dengan itu kita kibarkan panji2 kita,kibarkan panji kita. Kalimatullah yang terlukis padanya, dan dengan pendirian itu kita hidup ditengah-tengah masyarakat. Dengan itu kita di jiwai seluruh kebudayaan dalam segala macam cabangnya.
Itulah pengkalan tempat kita bertolak dan itulah pelabuhan terakhir tempat bahtera kita bersauh.





Comments
Post a Comment