Pesan Rasulullahﷺ - Sehat dan Masa Lapang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 



Rasulullahﷺ bersabda:, 

“Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia mengalami kerugian: kesihatan yang baik dan masa lapang.” 

[Bukhari] 

Ulasan:

Kita semua mempunyai banyak nikmat yang kita nikmati setiap hari. Antaranya, dua perkara penting ialah kesihatan yang baik dan masa lapang. Rasulullah mengingatkan kita bahawa ramai di antara kita gagal menggunakan kedua-dua kurniaan ini dengan cekap dan oleh itu, kita mengalami kerugian yang besar. Dengan kesihatan yang baik, kita boleh mencapai banyak perkara dalam hidup tetapi kesihatan kita yang baik sering disia-siakan dalam usaha yang sia-sia. Kita juga boleh memudaratkan kesihatan kita dengan tidak menjaga diri kita sendiri. Begitu juga dengan masa lapang. Ramai di antara kita tidak menggunakan masa dengan betul dan ia menjadi sia-sia. Jika kita menggunakan kesihatan dan masa kita dengan cekap, maka kita boleh memanfaatkan diri kita secara rohani, jasmani, intelek, dan dalam beberapa cara lain. Mereka yang mencapai kehebatan dalam hidup belajar bagaimana memanfaatkan masa mereka dan mencapai yang terbaik dalam masa yang mereka ada.Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنه dia berkata;  Rasulullah bersabda: 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” 

(HR Bukhari No: 5933)

Manusia patut bersyukur terima anugerah percuma daripada Yang Esa

Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنه dia berkata;  Rasulullah bersabda:  
 
“Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” 

(Riwayat Bukhari)

Manusia dikurniakan Allahﷻ pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allahﷻ secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana se memangnya manusia tidak akan berupaya berbuat demikian.

وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ١٨

Dan jika kamu menghitung nikmat Allahﷻ (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. – 

[Surah an-Nahl (ayat 18)]


Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allahﷻ dengan mengundang kemurkaan-Nya.


Jangan Persiakan Nikmat

Sungguh benar ucapan Rasulullahitu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allahﷻ nikmat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka men sia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam kelekaan dan keseronokan semata-mata. Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allahﷻ supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju akhirat.

Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allahﷻ. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allahﷻ untuk menderhaka kepada-Nya. Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan Allahﷻ.

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allahﷻ dan beramal soleh, maka pe nyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan. Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allahﷻ tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan ma nusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk ba nyak mengingati Allahﷻ melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak. Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur keba jikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allahﷻ, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu. Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada se seorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (ke pada Allahﷻ). Itulah manusia yang telah terpedaya.

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mem pergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah ke maksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Se sudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Pesan Rasulullah

“Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu se belum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum ma timu.” 

(Riwayat al-Hakim)



.

Comments

Popular posts from this blog

Qurrata a'yun" (قُرَّةَ أَعْيُنٍ)

Awal Agama Mengenal Allahﷻ.

Islam Dalam Perspektif Tentang Kehidupan