Bersederhana Dalam Segala Perkara.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Rasulullah ﷺ bersabda: “Kesederhanaan adalah sebahagian daripada agama. Kesederhanaan adalah sebahagian daripada agama.” [Abu Dawud] Ulasan: Rasulullah ﷺ sangat menekankan konsep kesederhanaan melalui kata-kata dan tindakannya. Hari ini, kita hidup dalam era di mana kita tertarik untuk membeli barang-barang walaupun kita tidak mempunyai wang di tangan untuk membeli barangan tersebut. Dengan gadai janji dan kredit, kita membeli barang dengan wang yang kita tidak ada, untuk menggembirakan orang yang mungkin tidak menyukai kita. Marilah kita mencuba sedaya upaya untuk menjalani kehidupan yang sederhana untuk rumah kita, pakaian kenderaan, dan pelbagai perkara lain. Jika kita tidak mempunyai wang untuk membeli sesuatu, mengapa perlu berhutang? Jika kita menjalani kehidupan yang sederhana maka kita tidak akan menjadi muflis. Seseorang yang mengambil jalan tengah dalam berbelanja tidak perlu mengalami keperitan ke...