Nasihat - Perlunya Hidup ini Mendengar Nya.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita semua adalah makhluk yang diciptakan dan diberi kesempatan untuk dizahirkan kedunia ini. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allahﷻ, selawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, sahabat Rasulullah serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Rasulullah.

Berkenaan hadis perlu menerima nasihat walaupun daripada seorang pelacur, setelah kami meneliti dan mencarinya di dalam kitab-kitab hadis, kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, hadis ini tidak diketahui akan matannya dan rawi hadis tersebut.

Persoalan seterusnya yang diajukan, bahawa Allahﷻ tidak menyukai manusia yang hipokrit, dalam erti kata, orang tersebut sering menasihati orang lain tetapi dirinya sendiri tidak merubah dan mengikuti apa yang dinasihatkan itu.

Benar, bahawa Allahﷻ tidak menyukai orang yang berkata-kata tetapi tidak melakukan seperti apa yang dituturkan, berdasarkan firman Allahﷻ :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ 

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya .Amat besar kebenciannya di sisi Allah- kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

[Surah al-Saf, Ayat  2, 3]

Daripada ayat ini, kita memahami bahawa setiap apa yang kita tuturkan perlulah diselangi dengan amal kerana Allahﷻ membenci orang yang tidak beramal dengan apa yang dituturkan.

Selain itu, Rasulullah telah memberi dan menunjukkan kepada kita panduan dalam beramal, antaranya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah bersabda :


يا أيها الناسُ! عَلَيْكم مِنَ الأعْمالِ ما تُطِيقون. فإنَّ اللهَ لا يَمَلُّ حتى تَمَلُّوا. وإنَّ أحبَّ الأعمالِ إلى اللهِ ما دُووِمَ عَلَيْهِ وإنْ قَلّ

Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! hendaklah kalian beramal menurut kemampuan kamu kerana Allahﷻ tidak akan pernah bosan sehingga kalian sendiri yang bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allahﷻ, adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit”. [Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Musafir dan Qasar, Bab Kelebihan Istiqamah dalam melaksanakan solat malam dan selainnya.]

Akhirnya, semoga Allahﷻ menjadikan kita orang-orang yang istiqamah dalam beramal dan melakukan setiap apa yang dituturkan. Amin.



Wallahua`lam.  

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه.






-

Comments

Popular posts from this blog

Qurrata a'yun" (قُرَّةَ أَعْيُنٍ)

Awal Agama Mengenal Allahﷻ.

Islam Dalam Perspektif Tentang Kehidupan