iman islam dan ihsan - Pengenalan

 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

 اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، اَمَّا بَعْدُ.

islam,Iman dan Ihsan

Pengenalan 

Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang diasaskan atas landasan agama. Ini bermaksud, untuk mengenali Tamadun Islam, maka terlebih dahuiu hendaklah dikenali agama Islam itu sendiri. Secara umum, Islam terbina di atas tiga asas utama iaitu akidah, syariah dan akhiak. 


Akidah berkaitan dengan konsep kepercayaan dan ketuhanan. Syariah yang berperanan sebagai peraturan serta perundangan kehidupan manusia dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu muamalat, munakahat dan jinayat. Manakala akhlak pula menyentuh aspek hubungan manusia dengan tuhan, sesama manusia dan haiwan. Bagi memahami konsep-konsep asas Islam tersebut, turut dibincangkan tentang maqasid al-syariah yang menerangkan mengenai tujuan-tujuan Syariat diturunkan kepada manusia. 


Seterusnya, Tamadun islam diperkenalkan melalui konsep rabbani (ketuhanan), al-Thabat wa al-Murunah (tetap dan anjal), waqi'iyyah (realistik), tawazun (keseimbangan), syumrl/ (menyeluruh),'alamiyyah (sejagat) dan wasatiyyah (kesederhanaan). Konsep-konsep tersebut amat berkaitan dengan pandangan semesta Islam yang turut membincangkan konsep Allah, manusia serta alam dari perspektif ontologi, konsep huquq (hak) dan mas'uliyyat (kewajipan dan tangunggjawab). 


Turut diterangkan secara umum tentang pandangan semesta Tamadun lslam, meliputi perbincangan ringkas tentang hubungan antara manusia, alam dan Allah dalam konteks ontologi serta kosmologi. Perbincangan tersebut terfokus kepada persoalan hak yang perlu dipenuhi oleh Allah, manusia dan aiam. Selain itu, perbincangan turut menyentuh persoalan epistemologi dan konsep nilai dalam Islam. Dalam bahagian epistemologi, dibincangkan tentang makna epistemologi dan hierarki aiat pencapaian ilmu fakulti kognitif yang melibatkan wahyu, ilham, naluri, kepintaran akal dan pancaindera. 


Selain itu, turut dibincangkan ialah hierarki dan jenis penerima ilmu. Kemudian, dibincangkan mengenai jenis-jenis ilmu menurut hierarkinya, yang ditinjau secara bersepadu dari aspek sumber, hukum dan kegunaannya. Bagi konsep nilai pula, dibincangkan mengenai maksud niiai, sumber-sumber nilai dalam nilai Islam (al-Quran dan Hadis Qudsi, Sunnah, 'Uruf dan Adah), hierarki nilai (mahmudah, makruhah dan mazmumah) dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. 


Bahagian terakhir bab ini menyentuh tentang konsep jihad dalam Islarn dari aspek pengertian, jenis-jenis, unsur-unsur, kepentingan dan keutamaannva. lslam, lman dan Ihsan I Islam merupakan antara agama terbesar yang tersebar dan dianuti hampir di setiap pelosok dunia. Agama Islam menjadi pegangan serta asas budaya hidup pelbagai bangsa.


Agama Islam dikenali sebagai agama yang menyusun cara hidup yang meliputi aspek keimanan, ibadah, muamalah, siasah, sosial dan ekonomi. Seluruh kehidupan dan keperluan manusia disusun secara lengkap dan sistematik oleh ajaran Islam. Islam disifatkan sebagai peraturan dan pilihan terbaik untuk manusia dan alam seluruhnya. Islam dengan sistem yang teratur serta kesesuaiannya dengan fitrah manusia telah membentuk sebuah tamadun yang diasaskan atas dasar keagamaan. Secara umum, tiga elemen dasar yang menjadi asas kepada agama ialah iman,Islam dan ihsan. Iman menyentuh persoalan tauhid, manakala Islam menekankan aspek syariat dan ihsan pula lebih menjurus kepada aspek akhlak. 


Pengertian Islam. 


1. Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu 'salima' bererti selamat sentosa atau kedamaian. Islam juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu. 


2.Definisi Islam mengikut istilah atau syarak adalah patuh dan menyerah dirl kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga ialah peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. 


3.Definisi Islam dapat difahami ketika |ibril datang bertanya Rasulullah tentang Islam: "Ceritakon padaku (wahai Muhammad) tentang Islam", Rasulullah menjawab: "Engkau mengakui bohawa tiedo Tuhan melainkan Allah, Muhammad ialah hamba dqn pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadan dan menunaikqn haji ke Baitullah jika engkau mampu." 

(Riwayat Bukhari) 


4.Berdasarkan hadis tersebut dan juga perjalanan kehidupan Rasulullah, maka dapat disimpulkan beberapa perkara yang menjadi dasar utama bagi ajaran Islam. Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek berikut: 


(a) Akidah, iaitu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah dan Rasulullah serta beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, hari akhirat, qadak dan qadar.

 

(b) Syariah yang terbahagi kepada ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah. Ibadah juga meliputi perilaku melaksanakan ketaatan kepada Allah melalui cara kebaikan kepada manusia dan alam. Manakala, muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

 

AKHLAK: iaitu peraturan-peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara manusia sesama manusia serta antara manusia dengan alam dan Tuhan.


AKIDAH: Pengertian lman 

I] Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman diambil daripada kata kerja "aamana, yukminu" yang bererti 'percaya' atau'membenarkan. 


2] Perkataan iman yang bererti 'membenarkan itu disebutkan dalam alQuran, antaranya firman Allahﷻ yang bermaksud: 



يَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَحَقُّ أَن يُرْضُوهُ إِن كَانُوا۟ مُؤْمِنِينَ ٦٢

"Dia (Muhammad) itu membenqrkan (mempercayai) kepada Allahﷻ dan membenarkan kepada para orang yang beriman". 

(Surah At-Taubah,62) 


3] Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Sayidina Ali bin Abi Talibرضي الله عنه 


Sayidina Ali bin Abi Talibرضي الله عنه mendefinisikan "Iman" (iman) sebagai merangkumi kedua-dua iman dalam hati (kepercayaan kepada Allahﷻ) dan perbuatan dengan badan (amal soleh), bukan sekadar deklarasi akidah semata-mata.  Berikut adalah penjelasan yang lebih terperinci:


Kepercayaan dalam Hati:

Iman bermula dengan keyakinan yang tulus dan mendalam di dalam hati bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah adalah pesuruh-Nya. 


Tindakan dengan Badan:

Iman bukan hanya tentang apa yang anda percayai; ia juga tentang cara anda bertindak. Ia melibatkan melakukan perbuatan baik dan menghindari perbuatan buruk, menunjukkan keikhlasan iman anda melalui tindakan anda. 


Iman ialah Konsep Holistik:

Iman adalah konsep yang menyeluruh yang mempengaruhi kepercayaan, perkataan, dan tindakan seseorang, dan ia bertambah dengan perbuatan baik dan berkurangan dengan dosa. Iman bukan sekadar pengisytiharan kepercayaan; ia adalah konsep menyeluruh yang mempengaruhi kepercayaan, perkataan dan tindakan seseorang.


Manakala orang yang beriman ialah Sayidatuna Aisyahرضي الله عنه pula berkata: "Iman kepada orang yang percaya, mengaku Allahﷻ itu mengakui dengan lisan dan dan beramal' membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota"


4] Imam al-Ghazali menghuraikan makna iman sebagai "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)dengan tertib.


5] |usteru, iman boleh dinyatakan sebagai keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan amalan. Ringkasnya, orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan salah satu sahaja daripada tiga syarat itu, maka lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.


6] Iman bermaksud membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Iman diasaskan di atas enam perkara, iaitu: 


(a) Percaya kepada Allahﷻ 

(b) Percaya kepada malaikat 

(c )Percaya kepada kitab 

(d) Percaya kepada nabi dan rasul 

(e) Percaya kepada hari akhirat 

(f) Percaya kepada qadak dan qadar 


Percaya kepada Allahﷻ.

 1] Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa Tuhan itu satu (Tauhid). 

2] Konsep keesaan Allahﷻ ini adalah mutlak dan tidak sama dengan apa jua yang wujud di dunia ini. Firman Allahﷻ dalam surah al-Ikhlas yang bermaksud: 


قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ٤

"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allahﷻ itu tunggal. Allahﷻ tempat meminte. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkqn. Dan tiada yang serupa denganNyn, Dialah Tuhan yang Esa." 


[Surah Al Ikhlas: Ayat 1-4]


Percaya kepada Para Malaikat;


1] Individu mukmin percaya bahawa Allahﷻ telah mencipta pelbagai makhluk, termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah-Nya dengan penuh ketaatan. 

2] Secara tepat, hanya Allahﷻ sahaja yang mengetahui jumlah malaikat. Namun, individu mukmin wajib beriman dan percaya terhadap sekurangkurangnya l0 malaikat, iaitu: 

a.Malaikat |ibril-malaikat yang menyampaikan wahyu. 

b.Malaikat Mikail-malaikat yang menyampaikan rezeki. 

c.Malaikat Atid-malaikat yang menulis segala amalan kita. 

d.Malaikat Raqib-malaikat yang menulis segala kejahatan kita. 

e.Malaikat Ridhwan-malaikat yang menjaga pintu syurga. 

f.Malaikat Malik-malaikat yang menjaga pintu neraka. 

g.Malaikat Mungkar-malaikat yang menyoal kita di dalam kubur. 

h.Malaikat Nakir-malaikat yang menyoal kita di dalam kubur. 

i.Malaikat Izrail-malaikat yang mencabut nyawa. 

j.Malaikat Israfil-malaikat yang meniup sangkakala.


Percaya kepada Kitab-kitab Allah


1]  Individu Mukmin percaya bahawa Allah telah menurunkan kitabkitab kepad a para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. 

2] Kitab-kitab yang wajib diimani oleh individu Mukmin ialah: 

a.Taurat-diturunkan kepada Nabi Musa a.s 

b.Zabur-diturunkan kepada Nabi Daud a.s 

c.Injil-diturunkan kepada Nabi Isa a.s 

d.Al-Quran-diturunkan kepada Rasulullah 


3] Masyarakat Muslim hari ini percaya bahawa selain al-Quran, kitab-kitab yang diturunkan telah diubah suai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. Justeru, tiada lagi naskah-naskah yang tulen. A1-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu. 


Percaya kepada Nabi dan Rasul 


1] Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyu-Nya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. 

2] Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. 

3] Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya sahaja. 

4] Rasui pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. 

5]Terdapat lebih daripada 300 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala, nabi pula lebih kurang 1,000 orang (termasuk rasul). 

6]Terdapat 25 orang rasul yang dinyatakan dalam al-Quran, termasuk Adam, Idris, Nuh, Lut, Ibrahim, Musa, isa dan Muhammad Rasulullah Daripada 25 orang rasul ini, terdapat lima rasul yang digelar Rasul Ulul Azmi. Rasulrasul ini ialah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s. dan  Muhammad Rasulullah

7]Muhammad Rasulullah merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan Baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir sebelum berlakunya hari kiamat, iaitu al-Quran dan al-Sunnah kepada manusia. 


Percaya kepada Hari Akhirat;


I] Individu mukmin wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam al-Quran. 

2] Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, iaitu pada hari kiamat. 


Percaya kepada Qadak dan Qadar;


I] Individu mukmin wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya menurut ketentuan AllahSegala sesuatu (baik dan buruk) sudah diatur sejak azali. Manusia tidak mengetahui tentang sesuatu sehingga sesuatu perkara itu terjadi. Qadar atau difahami juga sebagai takdir merupakan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah. Qadak pula bermaksud perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah.


Pengertian lhsan


I] Ihsan ialah kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini hasil gabungan akal, hati, perbuatan anggota jasmani diatas muka bumi  ini hasil dan percakapan. felasnya, ihsan bermaksud gabungan akal, hati, perbuatan "Ibadat yang disertai dengan 'muraqabah' dan percakapan. secukupnya kepada Allah. Yakni hatinya sentiasa terasa diawasi oleh Allahﷻ dengan memiliki sifat amanah, warak, takwa dan sebagainya.


2] Maksud ihsan tersebut adalah berdasarkan hadis daripada Umar bin alKhattab yang bermaksud:

"Khabarkanlah kepadaku tentong ihsan". Muhammad Rasulullah menjawab: "Ihsan itu ikhlas bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau".

(Riwayat Muslim)


3] Setiap individu hendaklah mengabdikan diri kepada AllahT dengan perasaan seolah-olah ia melihat-Nya dan jika ia tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah berasa bahawa Allah melihatnya. Ihsan berkait rapat dengan keikhlasan dalam beribadah atau dalam melaksanakan Islam dan iman.


4]Dari segi hubungan, ihsan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu ihsan kepada Allah dan ihsan kepada makhluk.

(a) Ihsan kepada Allah ialah kemuncak kepada pengabdian manusia kepada Ilahi, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis tersebut. Andainya individu melaksanakan tuntutan ibadat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh lima rukun Islam dengan penuh teliti, sematamata kerana ia diperhatikan oleh Allah, maka individu tersebut akan melaksanakannya dengan sebaik-baik mungkin hinggakan terasa bimbang andai berlaku sebarang kesilapan. Insan yang menghayati konsep ihsan ialah manusia yang sentiasa menyedari bahawa amal perbuatannya diperhatikan Allah sama ada di tempat terbuka mahupun tersembunyi. Firman Allah di dalam surah Al-Alaq ayat 14 yang bermaksud

أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ ١٤

"Tidakkah ia tahu, bahawa sesungguhnya Allah melihatnya?".

[Surah Al Alaq: Ayat 14]


(b) Ihsan kepada sesama makhluk boleh dilihat dalam hubungan kita kepada setiap makhluk Allah di dunia ini seperti berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, keluarga, jiran tetangga, orang lain dan juga binatang. Secara umum, ihsan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu: 


a. Ihsan dengan pengertian muraclabatullah (pemerhatian Allah). 

b. Ihsan dengan pengertian berbakti kepada Allah

c.Ihsan kepada umat Isiam dengan cara memperkukuh hubungan alukhuwwahfllah (persaudaraan sesama manusia kerana Allah

d.Ihsan kepacla semua makhluk dengan maksud hubungan baik bersama mereka. e.Ihsan dengan pengertian melakukan sesuatu tugasan dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh. Asas-asas lslam Terdapat tiga elemen yang menjadi asas kepada agama Islam, iaitu akidah, syariah dan akhlak. 


Asas-asas Islam:


Akidah Syariah Akhlak: 


Elemen yang Menladi Asas kepada Agama lslam:


Akidah 

I] Akidah ialah asas-asas kepercayaan yang menjadi punca keimanan seseorang individu atau masyarakat terhadap lslam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah menerusi Muhammad Rasulullah kepada seluruh umat manusia. 


2]Akidah Islam menjelaskan tentang kesempurnaan Islam sebagai pedoman hidup yang sebenar-benarnya bagi seluruh manusia dan tidak ada kepercayaan yang lain yang lebih benar selain Islam. 


3 Sebagai panduan hidup yang lengkap yang diwahyukan Allah, Islam menjelaskan tatacara kehidupan yang sebenar dalam segenap segi dan aspek kehidupan manusia. fusteru, Islam dikenali sebagai nidzam al-hayat atau cara hidup yang akan membawa manusia kepada kesejahteraan hidup sekiranya diamalkan secara sepenuhnya. Tiada keraguan terhadap Islam memandangkan Islam iaiah agama Allah.  


4]Akidah Islam menjelaskan sifat hubungan manusia dengan Allah sebagai penguasa alam serta hakikat kejadian alam ghaib yang benar-benar Kepercayaan yang menjadi punca keimanan seseorang individu.









Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

Allah

 Rasulullah

Rasulullah

 Allahﷻ

Allah

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

 Allahﷻ

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

Comments

Popular posts from this blog

Qurrata a'yun" (قُرَّةَ أَعْيُنٍ)

Awal Agama Mengenal Allahﷻ.

Islam Dalam Perspektif Tentang Kehidupan