Jika Kamu Menerima Kebaikan, Balaslah Jika Mampu, Sebaiknya Doakan Mereka.
Rasulullahﷺ bersabda:
“Sesiapa yang memberi kebaikan kepada kamu, balaslah dia, dan jika kamu tidak mampu, maka berdoalah untuknya.”
[Tabarani]
Ulasan: Sepanjang hidup kami, ramai orang telah membantu kami dan terus membantu kami. Apabila seseorang membantu kita, kita harus membalas bantuan itu. Sekiranya kita tidak mampu membalas jasa tersebut dengan membayar orang tersebut, maka kita hendaklah menyebut beberapa kata-kata yang baik sama ada dengan mendoakan orang tersebut atau dengan mengucapkan terima kasih. Walaupun kita membantu orang lain tanpa sebarang motif tersembunyi, kita akan berfikir dua kali sebelum membantu orang yang sama pada masa hadapan jika dia tidak mempunyai adab untuk berterima kasih kepada kita. Walaupun kita tidak sepatutnya menahan adab buruk seseorang terhadap mereka, bukan mudah untuk membantu orang yang tidak bersyukur.
Namun di-akhir zaman ini, banyak perkara yang mengugah perasaan dan kadang-kala begitu sukar membelai jiwa atau hati yang husnul-zon. Prasangka dan payahnya menilai adakah insan ini atau itu yang patut diutamakan dalam membantu mereka. Seperti saranan ramai antara kita dalam perkara membantu sebaiknya harus kembali pada anjuran Rasulullahﷺ. Hadith berikut:
Matan hadith yang dimaksudkan adalah:
- Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullahﷺ bersabda:
نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”.
[Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir, 185/6]
Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”.
[Riwayat al-Bukhari (1)].
Definisi Niat
Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan.
[Lihat: al-Mu’jam al-Wasith, 1021]
Manakala menurut dewan bahasa dan pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.
[Lihat: Kemus Dewan Edisi Keempat, 1080]
Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan:
Telah berkata Imam al-Nawawi:
النِّيَّةُ عَزْمُ الْقَلْبِ عَلَى عَمَلِ فَرْضٍ أَوْ غَيْرِهِ
Maksudnya: “Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya (wajib)”.
[Lihat: al-Majmu’, 310/1]
Telah berkata Ibn Abidin:
قَصْدُ الطَّاعَةِ وَالتَّقَرُّبِ إلَى اللَّهِ تَعَالَى فِي إيجَاد الْفِعْلِ
Maksudnya: “Niat adalah tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan”.
[Lihat: Rad al-Mukhtar, 105/1]
Berdasarkan definisi di atas, kami berpendapat bahawa niat adalah lintasan hati dalam ketika ingin melakukan sesuatu perkara. Antara faedah atau fungsi niat adalah:
Pertama: Membezakan ibadah daripada ibadah-ibadah yang lain. Contohnya antara puasa yang wajib dengan puasa yang sunat.
Kedua: Membezakan ibadah daripada adat. Contohnya, seseorang itu mandi dan diniatkan bahawa ia adalah mandi janabah maka mandi tersebut akan mendapat pahala. Jika seseorang itu mandi untuk menghilangkan kepanasan maka tidak akan mendapat pahala kerana mandiannya itu bukanlah berbentuk ibadah. Daripada inilah, para ulama’ mengeluarkan satu kaedah iaitu:
الأَمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا
Maksudnya: “Setiap perkara itu berdasarkan (dinilai) tujuan-tujuannya”.


Comments
Post a Comment