NASIHAT - TataCara - Peribadi Atau Terbuka?
BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA?
Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain.
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:
لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له
“ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)
Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan , fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti;
وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه
“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.”
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)
Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ
“ Dari jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata : “ Sedang Rasulullahﷺ berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullahﷺ bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak.(lalu ) Rasulullahﷺ bersabda: “ bangunlah dan solat ( dua rakaat tahiyatul masjid )”
( HR Muslim; 875 )






Comments
Post a Comment