Sunday

NASIHAT - Sebaik-Baik Nasihat

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEBAIK-BAIK NASIHAT :

Sebaik-baik nasehat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” 

(Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

Imam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata:

من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه

“ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia),maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” 

(an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13)

Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan.






Agama Itu Nasihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




 Rasulullah bersabda :


الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” 

(Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.

Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“ Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)



Nasihat - Agama Itu Nasihat Paling Benar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan.


Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa :


حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَا زِدْتُ حِينَ سَمِعْتُ النِّدَاءَ أَنْ تَوَضَّأْتُ ثُمَّ أَقْبَلْتُ فَقَالَ عُمَرُ وَالْوُضُوءَ أَيْضًا أَلَمْ تَسْمَعُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ


Abu Hurairah رضي الله عنه menceritakan : “ ketika Saiyiduna Umar bin al-Khattabرضي الله عنه sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Saiyiduna Uthman bin ‘Affanرضي الله عنه . maka Saiyiduna Umar bin al-Khattabرضي الله عنه menoleh ke arahnya lalu berkata : “ apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?”. Maka Usman menjawab : “ Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah ( Melakukan perbuatan lain ) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “ dan wuduk juga?” , tidakkah kalian dengar  Rasulullah bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi ( sunat jumaat )”. 

(HR Muslim ; 845 )


Jelas sekali teguran Khailifah  Umar bin al-Khattabرضي الله عنه itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah  Rasulullah dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah.


Apa yang amat menakjubkan ialah sikap  Saydina Uthman Ibn Affanرضي الله عنه yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan.


Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.


Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca..

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.


Doakan istiqamah. Wassalam.



Nasihat - Perlunya Hidup ini Mendengar Nya.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita semua adalah makhluk yang diciptakan dan diberi kesempatan untuk dizahirkan kedunia ini. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allahﷻ, selawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, sahabat Rasulullah serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Rasulullah.

Berkenaan hadis perlu menerima nasihat walaupun daripada seorang pelacur, setelah kami meneliti dan mencarinya di dalam kitab-kitab hadis, kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, hadis ini tidak diketahui akan matannya dan rawi hadis tersebut.

Persoalan seterusnya yang diajukan, bahawa Allahﷻ tidak menyukai manusia yang hipokrit, dalam erti kata, orang tersebut sering menasihati orang lain tetapi dirinya sendiri tidak merubah dan mengikuti apa yang dinasihatkan itu.

Benar, bahawa Allahﷻ tidak menyukai orang yang berkata-kata tetapi tidak melakukan seperti apa yang dituturkan, berdasarkan firman Allahﷻ :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ 

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya .Amat besar kebenciannya di sisi Allah- kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

[Surah al-Saf, Ayat  2, 3]

Daripada ayat ini, kita memahami bahawa setiap apa yang kita tuturkan perlulah diselangi dengan amal kerana Allahﷻ membenci orang yang tidak beramal dengan apa yang dituturkan.

Selain itu, Rasulullah telah memberi dan menunjukkan kepada kita panduan dalam beramal, antaranya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah bersabda :


يا أيها الناسُ! عَلَيْكم مِنَ الأعْمالِ ما تُطِيقون. فإنَّ اللهَ لا يَمَلُّ حتى تَمَلُّوا. وإنَّ أحبَّ الأعمالِ إلى اللهِ ما دُووِمَ عَلَيْهِ وإنْ قَلّ

Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! hendaklah kalian beramal menurut kemampuan kamu kerana Allahﷻ tidak akan pernah bosan sehingga kalian sendiri yang bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allahﷻ, adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit”. [Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Musafir dan Qasar, Bab Kelebihan Istiqamah dalam melaksanakan solat malam dan selainnya.]

Akhirnya, semoga Allahﷻ menjadikan kita orang-orang yang istiqamah dalam beramal dan melakukan setiap apa yang dituturkan. Amin.



Wallahua`lam.  

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه.






-

NASIHAT - Satu Tuntutan Sesama Muslim


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Satu Tuntutan Sesama Muslim

Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata:

والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم

“Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” 

(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211)

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup. 

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup.  Rasulullah menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai  Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allahﷻ dan kitabNya (Al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - 
[Hadis riwayat Muslim.] 

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allahﷻ dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - 
[Hadis riwayat Muslim. ]

Firman Allahﷻ yang bermaksud: 

أُبَلِّغُكُمْ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّى وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ٦٢

'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' -

[Surah al-A'raf:Ayat62]. 

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allahﷻ mengingati dengan firmanNya yang bermaksud:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ ١٢

 'Wahai orang yang beriman, jauhi lah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' 
[Surah al-Hujurat :Ayat 12.] 

Talhah bin Abdul Rahman bin Aufرضي الله عنه seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu. Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita." 

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.  Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin. 

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allahﷻ mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًۭا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءًۭ فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًۭا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍۢ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ١٠٣

[Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.] Abdullah Muhammad Basmeih - 
[Surah al-Imran:Ayat 103]













السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

Allah

 Rasulullah

Rasulullah

 Allahﷻ

Allah

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

 Allahﷻ

Allahﷻ

 Rasulullah

Rasulullah

رضي الله عنه

  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎ ﷺ.

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

NASIHAT - TataCara - Peribadi Atau Terbuka?




BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA?

Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. 

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:


لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له

“ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)


Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan , fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti;


وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه


“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” 

(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)


Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ


“ Dari jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata : “ Sedang  Rasulullah berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka  Rasulullah bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak.(lalu )  Rasulullah bersabda: “ bangunlah dan solat ( dua rakaat tahiyatul masjid )” 

( HR Muslim; 875 )

 



Islam Dalam Perspektif Tentang Kehidupan

[Foto Illustrasi] Dalam perjalanan hidup, hubungan dengan Allah adalah sauh utama, bertindak sebagai asas untuk keamanan, tujuan, dan kekuat...