Carilah Kefahaman yang mantap bila beragama.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
“Demi Allahسُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, tidak ada seorang pun yang dilimpahkan rezeki kekayaan dunia dan kemudian tidak takut ini mungkin satu rencana terhadapnya [kerana kesalahannya] kecuali orang yang kekurangan kembalikan harta dunia dari seseorang dan orang itu ada tidak menyangka bahawa pilihan yang baik telah dibuat untuknya kecuali orang yang [juga] kurang kecerdasan dan suara pendapat.” pendapat.”
-[Ibn Abi Al-Dunya, artikel Dham Al-Dunya]
Salah satu fitnah zaman moden dewasa ini ialah merebaknya ideologi “materialisma” atau kebendaan. Ideologi ini berdasarkan gagasan bahwa material iaitu harta atau kekayaan merupakan kayu ukur mulia atau tidaknya seseorang. Semakin kaya seseorang bererti ia dipandang sebagai orang mulia dan semakin sedikit material atau harta yang dimilikinya bererti ia dipandang sebagai seorang yang hina dan tidak patut dihormati. Maka di dalam sebuah masyarakat yang telah diwarnai oleh kebendaan, setiap anggota masyarakat akan berlumba-lumba mengumpulkan harta sebanyak mungkin dengan apa cara sekalipun samada dengan jalan halal, syubhah ataupun haram. Dalam sebuah masyarakat yang berideologi kebendaan, semua orang menjadi sangat irihati dan bercita-cita menjadi kaya setiap kali melihat ada orang berlimpah ruah harta bendanya di dalam kehidupan mereka. Keadaan ini persis sebagaimana masyarakat Mesir di zaman hidupnya seorang tokoh yang kaya raya bernama Qarun yang digambarkan di dalam Al-Qur’an :
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِۦ فِى زِينَتِهِۦ ۖ قَالَ ٱلَّذِينَ يُرِيدُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا يَـٰلَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَآ أُوتِىَ قَـٰرُونُ إِنَّهُۥ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍۢ ٧٩
”Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar".
(QS Al-Qashshash: 79)
Zaman kita dewasa inipun keadaannya agak mirip dengan zaman Qarun tersebut. Berbagai kemewahan dari tokoh-tokoh yang kaya terdiri dari penguasa, ahli politik, ahli perniagaan, artis, jaguh sukan dan lain-lain dipertontonkan di televisyen dan media massa lainnya sehingga masyarakat berasa kagum dan tentunya menjadi irihati dan bercita-cita ingin menjadi hartawan seperti mereka pula. Sebegitu kuatnya cita-cita tersebut sehingga kadang-kadang muncullah berbagai peristiwa dan aktiviti yang mengerikan di tengah-tengah masyarakat kita dek kerana mengejar kebendaan seperti perdagangan bayi, pengedaran dadah, penjualan organ tubuh, pelacuran, rasuah, pencurian, rompakan dan lain-lainnya.
Semua itu dilakukan kerana terbuai dengan mimpi ingin secara spontan menjadi seorang yang kaya. Bardasarkan suasana ini, amat patutlah apabila Rasulullahﷺ mengajarkan kita suatu prinsip yang penting dalam hal untuk menghindari berkembangnya kemungkinan faham kebendaan di tengah masyarakat.
Wallahu a’lam bishawab.



Comments
Post a Comment