Kejujuran Tunjang Amanah
C uba renungkan, dalam hidup kita yang cuma sebentar ini, tiada apa yang sepatutnya kita tidak berlaku jujur. Amatlah malang jika kita tidak merasakan diri kita sendiri yang tidak jujur. Kita selalu menagih kejujuran dengan pasangan hidup kita, bagaimana mungkin kejujuran akan ada jika kita sendiri tiada kejujuran kepadanya. Sering kali mereka yang sedang bercinta, dimana saling mencintai dengan kejujuran itu amat didambakan. Apa lagi bila kita manusia yang ingin mendapatkan rasa cinta dengan Rabb nya, jika cintanya sesama manusia pun tiada kejujuran. Apakah kejujuran itu hanya kata-kata kosong buat penyedap bahasa, Apakah Allah Rabbul Jalil tidak melihat hati mu? Sedang Dia Maha Tahu. Kejujuran itu berkait rapat dengan amanah. Sering kali kita mendengar, malah menjadi sifat mazmumah terpaling hina iaitu khianat. Kerana tiadanya kejujuran itu hilangnya sifat amanah. Pada zaman ini seringkali kita mendengar ada mereka yang pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa. Maka...