Posts

Showing posts from December, 2024

NASIHAT - Sebaik-Baik Nasihat

Image
  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SEBAIK-BAIK NASIHAT : Sebaik-baik nasehat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain.  Rasulullah ﷺ  bersabda: لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ “ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.”  (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692) Imam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata: من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه “ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia), maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan,...

Agama Itu Nasihat

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Rasulullah ﷺ  bersabda : الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ “ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.”  (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82) Penjelasan : Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan. Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan men...

Nasihat - Agama Itu Nasihat Paling Benar

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan. Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa : حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِ...

Nasihat - Perlunya Hidup ini Mendengar Nya.

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kita semua adalah makhluk yang diciptakan dan diberi kesempatan untuk dizahirkan kedunia ini.  Alhamdulillah, segala puji bagi  Allahﷻ , selawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad  Rasulullah ﷺ , ahli keluarga  Rasulullah ﷺ , sahabat  Rasulullah ﷺ  serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah  Rasulullah ﷺ . Berkenaan hadis perlu menerima nasihat walaupun daripada seorang pelacur, setelah kami meneliti dan mencarinya di dalam kitab-kitab hadis,  kami tidak menjumpai asalnya . Ini kerana, hadis ini tidak diketahui akan matannya dan rawi hadis tersebut. Persoalan seterusnya yang diajukan, bahawa  Allahﷻ  tidak menyukai manusia yang hipokrit, dalam erti kata, orang tersebut sering menasihati orang lain tetapi dirinya sendiri tidak merubah dan mengikuti apa yang dinasihatkan itu. Benar, bahawa  Allahﷻ  tidak menyukai orang yang berkata-kata tetapi tidak melakukan seperti apa yang dituturkan,...

NASIHAT - Satu Tuntutan Sesama Muslim

Image
  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Satu Tuntutan Sesama Muslim Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata: والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم “Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.”  (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211) Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak bol...

NASIHAT - TataCara - Peribadi Atau Terbuka?

Image
BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA? Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain.  Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata: لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له “ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, ...