Bersegeralah Melakukan Amalan Baik!
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، اَمَّا بَعْدُ. Segala peristiwa yang manis mahupun yang pahit tidak akan dapat diulangi lagi. Walau sehebat mana pun manusia itu, yang pergi tetap akan pergi. Peluang yang tinggal untuk bermuhasabah, memperbaiki diri, menimba ilmu atau apa jua yang terhasrat di relung hati ada terbentang di masa hadapan setiap diri manusia. Namun itu hanya perancangan kerana Allahﷻ yang akan menentukan. Sebagai manusia yang tunduk kepada keesaan Allahﷻ harus sentiasa mengingati bahawa setiap perjalanan dalam kehidupan itu adalah sebahagian destinasi. Tidak kira destinasi itu adalah tempat yang ingin kita tuju atau sebaliknya tetapi itulah pencapaian yang kita raih. Oleh sebab itu, bersegeralah melakukan kebajikan dan amal kebaikan agar segala...