Posts

Showing posts from September, 2025

Demi Masa.

Image
' Hidup di dunia bagai perahu di lambong ombak, letih,pedih dan ada kalanya sedih, namun ada ketika indahnya dunia. Bersauh lah sebentar dimuara,ditepian pantai,  Renungi nikmat yang lalu,  Syukurilah dengan Sabar pada detik-detik yang telah berlalu.   Firman Allah yang bermaksud:  'بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ وَٱلْعَصْرِ ١ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ٣ “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan orang yang menyeru kepada kebenaran dan kesabaran.”  (Surah Al-Asr: Ayat 1-3) Sesungguhnya manusia yang rugi ialah manusia yang lalai daripada tanggungjawab terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Manusia inilah yang suka melakukan perkara yang tidak berfaedah. Alangkah baik sekiranya manusia mengetahui akan balasan  yang diterima daripada Allah SWT. Firman Al...