Posts

Bersegeralah Melakukan Amalan Baik!

Image
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ    اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، اَمَّا بَعْدُ. Segala peristiwa yang manis mahupun yang pahit tidak akan dapat diulangi lagi. Walau sehebat mana pun manusia itu, yang pergi tetap akan pergi. Peluang yang tinggal untuk bermuhasabah, memperbaiki diri, menimba ilmu atau apa jua yang terhasrat di relung hati ada terbentang di masa hadapan setiap diri manusia. Namun itu hanya perancangan kerana Allahﷻ yang akan menentukan. Sebagai manusia yang tunduk kepada keesaan  Allahﷻ  harus sentiasa mengingati bahawa setiap perjalanan dalam kehidupan itu adalah sebahagian destinasi.  Tidak kira destinasi itu adalah tempat yang ingin kita tuju atau sebaliknya tetapi itulah pencapaian yang kita raih. Oleh sebab itu, bersegeralah melakukan kebajikan dan amal kebaikan agar segala...

Pentingnya Beramal Kebaikan

Image
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ    اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، اَمَّا بَعْدُ. Beberapa ayat al-Quran menekankan kepentingan beramal kebaikan, menjanjikan ganjaran dan menegaskan bahawa Allah mengasihi orang yang berbuat baik. Sebagai contoh, Surah Al-An'am 160 menyatakan bahawa orang yang datang dengan kebaikan akan mendapat pahala sepuluh kali ganda, manakala Surah Al-Furqan 70 menekankan bahawa Allah akan mengubah perbuatan jahat orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh menjadi amal soleh. مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ١٦٠ Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka...