Takwa Asas Hidup Di Dunia dan Akhirat
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Hidup manusia tidak selalu menyenangkan dan tidak selamanya pula akan berjalan hanya dalam kesulitan. Untuk menjalani semua itu memerlukankan jiwa yang kuat , tidak mudah menyerah dan pantang untuk mundur kerana gagal. Kelebihan ini sangat diperlukan, adanya sifat yang tawakal atau berserah diri pada Allah ﷻ dengan hati yang ikhlas. Tulus tanpa dorongan dan paksaan dari siapapun. Berikut ini adalah manfaat dari sifat berserah diri kerana Allah ﷻ atau tawakal; Dengan berbekal sifat tawakal maka seseorang dijamin oleh Allah ﷻ akan selalu diberikan ke jalan kemudahan didunia dan dikhirat berapapun besarnya kesusahan atau kesulitan yang sedang dihadapinya. Firman Allah ﷻ : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا۟ ٱلْعِدَّةَ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنۢ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّآ أَن يَأْتِ...